Sambutan setempat Perayaan_Hantu

Di Nusantara

Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan pengasaan persembahan pentas seolah-olah konsert dipanggil getai (Cina Ringkas: 歌台; pinyin: gētái, bahasa Hokkien: Koh-tai). Ia dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk.

Di Indonesia pula, orang ramai akan berpusu membawa barangan ke tokong-tokong untuk dipersembahkan kepada roh orang yang mati dalam keadaan buruk sebelum barangan yang direstui tadi diagihkan kepada orang miskin.

Berlatarkan penerangan Jambatan Albuquerque, sukarelawan Jepun meletakkan tanglung berlilin pada Sungai Sasebo River pada perayaan Obon.

Di Jepun: O-bon

Rencana utama: O-bon

O-bon, atau cuma Bon, merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka.

O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kantō), pada bulan Ogos di pantai barat (Kansai).

Di Vietnam

Di Vietnam, perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Pada hari inilah sesiapa yang ibunya masih hidup akan berterima kasih, manakala yang ibunya sudah tiada berdoa agar roh ibu-ibu mereka diberkati.